tips menjaga rambut supaya cantik sihat dan berseri :))
Memiliki rambut yang cantik,sihat dan berkilau pasti menjadi idaman setiap gadis. Ada antaranya sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk perawatan. Sebenarnya ada kaedah ringkas yang boleh kamu amalkan untuk merawat rambut sekali gus memberikan kesan yang maksimum. Cuba amalkan..
1.Sekiranya kamu mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus,apa kata kamu menggunakan perapi dan syampu secara berasingan.Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang di perlukan.
2. Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dgn satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.
3. Untuk memiliki rambut yang kekal cantik,sihat dan menawan,pastikan kamu bijak memilih atau menggunakan perapi yang sesuai dengan rambut kamu.
4.Pilihla perapi yang mengandungi protein(marine @ hydrolyzed wheat) keratin dan silk.Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan.
5. Jangan mengeringkan rambut dgn menggosok-gosokkn rambut pada tuala.Gosokkan ini akan menjadikan kutikal rambut kasar dan mengakibatkan rambut disikat.Lebih baik tarik rambut ke belakang,perahkan air yg berlebihan pd rambut dan kemudian balut kepala dgn tuala.Biarkan seberapa lama yg boleh.Kemudia sikat dgn menggunakan sikat bergigi jarang utk menghurai rambut kusut sebelum kamu ‘blow’ kering.
6.Lakukan rawatan ‘deep conditioning’ seminggu sekali.Gunakan masker rambut yg mengandungi protein @ panthenol yg boleh berfungsi utk menyubur dan menguatkan rambut.Jika berambut nipis,bole menyapu masker rambut sebelum rambut di syampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.
7. Gunakan produk dgn perlindungan ‘themal’ @ silicon.Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering rambut dgn rambut dan mencegah kerosakan rambut.
8. Rambut kurang menyerap klorin @ air masin jika membasahkan rambut dgn air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.
9. Untuk rambut lebih ber’volume’ ikat rambut dgn ikatan yg sedikit longgar dan keringkan seluruhan permukaan kulit kepala dgn menggunakan ‘hair dryer’ bersuhu sejuk.Setelah kering,buka ikatan rambut.
10. Kurangkan pemakaian mousse @ gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.Jika terpaksa ,sebaiknya segera bersyampu dgn ‘clarifying shampoo’ yang berfungsi utk membersihkan sekali gus menanggalkan sisa hair spray @ gel yg melekat pd helaian rambut.
Sambung Baca