Tuesday, March 29, 2011



THE SUCKER

21 / 4
ISB 300
9-12
23 / 4
MGT 345
9-12
25 / 4
ENT 300
9-12
30 / 4
FIN 360
2-5




THE PLANNER

21 / 4
ISB 300
9-12
22 / 4
ULANGKAJI

23 / 4
MGT 345
9-12
24 / 4
ULANGKAJI

25 / 4
ENT 300
9-12
26 / 4
TIDUR

27 / 4
TEMUJANJI

28 / 4
TEMUJANJI

29 / 4
ULAGKAJI

30 / 4
FIN 360
2-5




THE PLAYER



and yeay! boleh balik rumah awal!  :D

Saturday, March 26, 2011

"his determination showed in his every movement"; "he is a man of purpose"

"For every man there is a purpose which he sets up for his life and which he pursues. Let yours be the doing of all good deeds." 
 Anonymous

Wednesday, March 23, 2011

today is a big day :D

hye, good evening ppl! :D ni bukan baru bgn tdo ye.. i was woke up at 9.45 a.m lagi tau.

now it is evening ! since 9.45 till now, i'm doing nothing! nothing! oh oh, i already had a breakfast prepared by suenara after woke up from my bed. heaven! 

what i'm gonna do today ya everybody ??

hm, instead of cleaning up my room, i need to do something else like cook a dish, be a baby sitter, workaholic do a tonne of assignments, date with a boyfie maybe :)), window shopping or messing around fb xlah kot sbb geng kaki balik rumah. hm, apa eh ??

*wondering n pondering**


naaaaahhhh.

1. clean up the room. do decorate a lil things tht i'd aimed to change it last  month. will do today ya ppl :))
2. clean up all around the house. a hall, a kitchen maybe. 
3. mungkin i akan basuh kain selimut. da bau masam da
4. mandi! haha, agak-agak smpai pkul brapa la br bleh mandi ye ?? :DD
5. lepas mandi i nk buat assgnments la, dimulai dgn legal, nk compile smua, i'm gonna fix everything today includes the marketing plan. there's too much correction need to amend. yeah, in order to finish up this ETR project successfully we need to think outside the box! uuuyeah. penat kan? i ni da la jns slow, so nk kne blaja buat keje dgn cepat bukan sng :( even yeah i boleh made to order tp lambat ya kawan2, so nk kne start ape2 i kne start awal. haih. 
6. done with the assignments so boleh la dating :)) 
7. lepas dating boleh la smbung marketing plan lg...buat smpai habis ok. then br boleh smbung dgn operational plan.
8. blogwalking
9. tdo
10. bermimpi indah. indah2 je okay 

:))


Sunday, March 13, 2011

learn to begin




when you're lost outside, just look inside your soul.
when there is no one else, just look inside yourself








then you will find the strength that will guide your way.

Saturday, March 12, 2011

my first place ;D

YES. i am the winner ! i've joined a contest last night after had a sucked dinner. *urgh facebooking until late night. godek-godek dinner's pictures and other. shitting with wani also *she is not too sleepy last night so dia boleh jd peneman i on9.. :))

tengah mata sepet ala ala stim, i terpandang 1 contest ni dekat anggunklasik punya blogshop. nmpk mcm menarik sbb shawl yg dorg display tu nk macam corak paisley :)) weee.... cantik oh. adore gila corak paisley. naaa...usha dekat sini. cantik kan ? told ya. 

simple punya contest. alang2 i dah dropping by kt page tu so i just threw out an idea. they're just require the best and relevant name for the shawl. i bagi nama "algaepeacock".haha mula2 nak bg "algaejingga" ( mmg i la kan ) tp rasa mcm xkena pula sbb shawl tu color dia blue. pikir punya pikir dapatla "algaepeacock"


then yeah. im the winner. yippie yippie. terkejut gila all of sudden tgk ada pm dkt facebook so cpt2 la tgk siapa yg pm kannn... Alhamdulillah i'e got that lovely shawl for free! berkat wani and sue like sama dkt komen tu :D ( ty )

xsabar uh nk dapatkan shawl free. postage pon free tau :))

btw, korang boleh la usha tudung2, shawls, dress, etc di AnggunKlasik
semua cantik dan terkini :))

Thursday, March 3, 2011

hak-hak isteri dalam perkahwinan


Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh 
suami dan  isteri. Tanggungjawab  suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab
isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. 
Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih
berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala
yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.hak yang wajib suami tunaikan kepada isteri yang terdapat di 
dalam al-Quran dan al-Sunnah, antaranya hak mahar, nafkah, komunikasi yang baik, 
hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dan sebagainya. hak wanita ke atas suami pada era 
ini terdapat ramai wanita yang masih keliru  tentang hak-hak yang wajib diperolehi 
daripada suaminya, contohnya hak mereka dalam bersuara, bekerja, hak terhadap harta 
sendiri dan harta sepencarian antara mereka dan sebagainya.



 Hak Isteri Dalam Perkahwinan

1.
Apakah hak anda sebagai seorang isteri?
Seseorang isteri itu adalah berhak kepada : 
i) Nafkah 
ii) Kasih sayang dari suami 
iii) Hak untuk mendapatkan keadilan

2.
Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah?
Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri.

3.
Apakah nafkah-nafkah yang wajib ke atas suami terhadap isterinya?
Nafkah itu adalah seperti : 
i) Makan dan minum; 
ii) Pakaian; 
iii) Tempat tinggal; 
iv) Perubatan; dan 
v) Pembantu rumah sekiranya perlu

4.
Bilakah nafkah ini boleh dituntut?
Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung.

5.
Berapakah kadar nafkah?
Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami.

6.
Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur?
Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami.

7.
Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?
Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.

8.
Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat?
Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz.

9.
Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ?
Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz.

10.
Apakah yang dimaksudkan sebagai nafkah tertunggak?
Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.

11.
Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?
Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam.

12.
Apakah yang dimaksudkan dengan poligami?
Poligami ialah perkahwinan yang melebihi daripada seorang isteri.

13.
Apakah hak-hak isteri yang berpoligami?
Isteri-isteri suami yang berpoligami adalah berhak untuk mendapat layanan yang sama rata daripada suami mereka mengikut Hukum Syara' seperti pemberian nafkah yang merangkumi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal dan perubatan serta lain-lain keperluan dalam rumah tangga.

14.
Adakah hak isteri pertama sama dengan hak isteri-isteri yang lain?
Ya, hak isteri pertama adalah sama dengan hak isteri-isteri yang lain.

15.
Apakah yang boleh dilakukan oleh isteri sekiranya suami berlaku tidak adil?
Sekiranya suami berlaku tidak adil, isteri boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 128, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

16.
Apakah hak seorang isteri apabila mengetahui suaminya telah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ?
Seorang isteri boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 123, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

17.
Apakah hak seorang isteri yang telah ditinggal langsung oleh suami ?
Seorang isteri yang telah ditinggal langsung oleh suami boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 120, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.